Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK PELAJAR TAHUN 2 DALAM PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB

Pendahuluan
Matematik adalah satu matapelajaran yang kompleks dan abstrak. Oleh itu terdapat pelajar yang kurang berminat dengan matematik kerana mereka tidak dapat memahami perkara-perkara yang kompleks dan abstrak tersebut. Tanpa bukti yang konkrit dan peluang untuk menyelesaikan masalah matematik menyebabkan pelajar bosan dan seterusnya hilang minat terhadap mata pelajaran matematik.
Sejajar dengan matlamat KBSR yang lebih mengutamakan aktiviti penyelesaian masalah dalam matematik, maka satu iklim yang sesuai perlu diwujudkan di persekitaran bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini akan menarik minat pelajar dan seterusnya menyumbangkan kepada pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik.
Sunday, October 3, 2010
Cadangan Kurikulum Matematik KBSR kurun ke 21
1.0 PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).
Wednesday, September 29, 2010
TEACHING ALGEBRA CONCEPTS IN THE EARLY GRADES
uLASAN aRTIKEL 8
TEACHING ALGEBRA CONCEPTS IN THE EARLY GRADES
Jack Burrill, Michigan State University
Membangun asas untuk memahami konsep-konsep algebra merupakan langkah penting dalam pengajaran danproses belajar. Di dalam karya Freudenthal, bahan-bahan yang dibangunkan oleh Institut Freudenthal dan University of Wisconsin-Madison menyediakan versi Amerika "Matematik realistik." Sebuah perkembangan masalah kontekstual boleh digunakan untuk memperkenalkan pelajar dari usia 9 hingga 12 konsep-konsep algebra asas. Perkembangan ini merupakan salah satu formalisasi progresif, bermula dengan formal penemuan dan secara berperingkat memperluaskan ke pemahaman formal sebagai pelajar dewasa, baik secara fizikal dan matematik. Umumnya algebra diajarkan sebagai manipulasi simbolik, menyelesaikan persamaan algebra dan graf persamaan.
Tuesday, September 28, 2010
Laman web Pengenalan Statistik
LAMAN WEB YANG SESUAI UNTUK PERMAINAN STATISTIK
Laman Web ini memaparkan statistik asas untuk murid pra sekolah, pada laman web ini menunujukkan cara mengira objek dan mengklasifikasikan mengikut jenisnya.
Laman web ini memaparkan statistic asas untuk murid pra sekolah, di dalam laman web ini menunujukkan cara membaca dan membuat graf yang mudah.
Kanak-kanak belajar Matematik
Ulasan artikel 2
Kanak-kanak belajar matematik
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dianes kita dapat melihat ia ada kaiatan dengan konsep konsruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pegetahuan dan pembelajaran yang menarik minat murid. Di samping itu, konsruktivisme menyarankan kanak-kanak tersebut membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Monday, September 27, 2010
PAPER MODEL OF POLYHEDRA
PAPER MODEL OF POLYHEDRA
Bentuk asas bagi kertas untuk lipatan bentuk polyhedra ini lalah segiempat sama.

- 6 keping segiempat sama untuk menghasilkan kiub.
- 12 keping untuk menghasilkan bahagian luar polyhedra.
Sunday, September 26, 2010
pENULISAN tUGASAN kUMPULAN 4
ELEMENTS IN GEOMETRIC CONCEPTS
Pengenalan
Matematik adalah salah satu bidang ilmu yang sangat menyeluruh sifatnya. Ia merangkumi semua aspek kehidupan, seperti membuat perhitungan, membuat penilaian dan seterusnya membuat keputusan. Melalui proses penyelesaian masalah seharian, manusia dikerah untuk mengeluarkan pendapat seterusnya memberikan hujah terhadap keputusan atau langkah penyelesaian yang diambil. Disinilah peranan berfikir secara matematik dapat membantu manusia membuat pertimbangan yang wajar sebelum memilih sesuatu jalan penyelesaian.
Bagi memperkembangkan potensi pemikiran matematik di dalam akal manusia, ia seharusnya bermula dari peringkat kanak-kanak. Konsep matematik terhadap alam sekeliling sebenarnya telah wujud di dalam akal kanak-kanak sejak dari peringkat bayi lagi. Ini merujuk kepada sifat ingin tahu kanak-kanak terhadap objek, terutama melalui deria sentuhan. Pendedahan awal kepada banyak bentuk konkrit di sekeliling kanak-kanak sebenarnya mencetuskan pelbagai persepsi terhadap
alam sekeliling. Pelbagai konsep terbentuk di dalam minda kanak-kanak, yang boleh bersifat betul dari segi konsepnya, ataupun yang bersifat miskonsepsi.

Development of Mathematics Thinking (kumpulan 1)
1.0 PENDAHULUAN
Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu.
Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.
Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri
perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

When Children Learn Mathematics
When Children Learn Math
Children learn math best when they do so in “real world” situations, i.e., when they are using math to solve a real problem. That is why math games are an excellent method for children to learn math. Children are practicing the basics in a real world way. And, since the games are fun, children don’t even realize that they are practicing learning.
It's true that children learn a lot from things they are interested in. That Pokemon story or Harry Potter book, is helping develop their comprehension, vocabulary and many other literacy skills. This can also be true for children with learning disabilities.

Bagaimana Kanak-kanak belajar Matematik
ULASAN ARTIKEL 1 : bagaimana kanak-kanak belajar Matematik
Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)