Tuesday, September 28, 2010

Kanak-kanak belajar Matematik

Ulasan artikel 2

Kanak-kanak belajar matematik
Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dianes kita dapat melihat ia ada kaiatan dengan konsep konsruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pegetahuan dan pembelajaran yang menarik minat murid. Di samping itu, konsruktivisme menyarankan kanak-kanak tersebut membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimen di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.


Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasiltator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selaian daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.






No comments:

Post a Comment