Monday, October 11, 2010

kreativiti murid membina tangram



MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK PELAJAR TAHUN 2 DALAM PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB

MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK PELAJAR TAHUN 2 DALAM PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB 
Pendahuluan
Matematik adalah satu matapelajaran yang kompleks dan abstrak. Oleh itu terdapat pelajar yang kurang berminat dengan matematik kerana mereka tidak dapat memahami perkara-perkara yang kompleks dan abstrak tersebut. Tanpa bukti yang konkrit dan peluang untuk menyelesaikan masalah matematik menyebabkan pelajar bosan dan seterusnya hilang minat terhadap mata pelajaran matematik.

Sejajar dengan matlamat KBSR yang lebih mengutamakan aktiviti penyelesaian masalah dalam matematik, maka satu iklim yang sesuai perlu diwujudkan di persekitaran bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini akan menarik minat pelajar dan seterusnya menyumbangkan kepada pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik.

Sunday, October 3, 2010

Cadangan Kurikulum Matematik KBSR kurun ke 21

1.0    PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).