Monday, October 11, 2010

kreativiti murid membina tangram



MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK PELAJAR TAHUN 2 DALAM PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB

MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK PELAJAR TAHUN 2 DALAM PEMAHAMAN KONSEP ASAS DARAB 
Pendahuluan
Matematik adalah satu matapelajaran yang kompleks dan abstrak. Oleh itu terdapat pelajar yang kurang berminat dengan matematik kerana mereka tidak dapat memahami perkara-perkara yang kompleks dan abstrak tersebut. Tanpa bukti yang konkrit dan peluang untuk menyelesaikan masalah matematik menyebabkan pelajar bosan dan seterusnya hilang minat terhadap mata pelajaran matematik.

Sejajar dengan matlamat KBSR yang lebih mengutamakan aktiviti penyelesaian masalah dalam matematik, maka satu iklim yang sesuai perlu diwujudkan di persekitaran bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ini akan menarik minat pelajar dan seterusnya menyumbangkan kepada pencapaian yang baik dalam mata pelajaran matematik.

Sunday, October 3, 2010

Cadangan Kurikulum Matematik KBSR kurun ke 21

1.0    PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum (khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara (Kamaruddin Haji Hussin, 1994).

Wednesday, September 29, 2010

TEACHING ALGEBRA CONCEPTS IN THE EARLY GRADES

uLASAN aRTIKEL 8


TEACHING ALGEBRA CONCEPTS IN THE EARLY GRADES
Jack Burrill, Michigan State University

Membangun asas untuk memahami konsep-konsep algebra merupakan langkah penting dalam pengajaran danproses belajar. Di dalam karya Freudenthal, bahan-bahan yang dibangunkan oleh  Institut Freudenthal dan University of Wisconsin-Madison menyediakan versi Amerika "Matematik realistik." Sebuah perkembangan masalah kontekstual boleh digunakan untuk memperkenalkan pelajar dari usia 9 hingga 12 konsep-konsep algebra asas. Perkembangan ini merupakan salah satu formalisasi progresif, bermula dengan formal penemuan dan secara berperingkat memperluaskan ke pemahaman formal sebagai pelajar dewasa, baik secara fizikal dan matematik. Umumnya algebra diajarkan sebagai manipulasi simbolik, menyelesaikan persamaan algebra dan graf persamaan.  

Tuesday, September 28, 2010

Laman web Pengenalan Statistik


LAMAN WEB YANG SESUAI UNTUK PERMAINAN STATISTIK
Laman Web ini memaparkan statistik asas untuk murid pra sekolah, pada laman web ini       menunujukkan cara mengira objek dan mengklasifikasikan mengikut jenisnya.
Laman web ini memaparkan statistic asas untuk murid pra sekolah, di dalam laman web ini  menunujukkan cara membaca dan membuat graf yang mudah.